BUSANA MUSLIMAH

Rekaan busana terkini memaparkan jubah yang labuhnya separas betis atau tumit digandingkan pemakaian skirt-labuh sopan meniti arus fesyen semasa. Padanan tudung eksklusif dari fabrik berkualiti pasti nampak kelainan.

 

 

Jubah Bersulam

Jubah potongan ringkas tetap anggun, sesuai dipakai ke majlis rasmi. Fabrik lembut berwarna hitam bersulam hijau di lengan dan hujung kaki ini menyerlahkan keayuan. Padanan tudung sutera chifon firus pula menaikkan seri keayuan wanita muslim sejati!

B03- RM 192

Broked Vietnam

Jubah daripada fabrik broked Vietnam berwarna jingga dan kelihatan seakan berkilau ini sesuai digayakan oleh mereka yang bertubuh langsing. Seleksi warna jingga dan perak bagi jubah ini yang dipadankan dengan tudung labuh berwarna kuning pinang masak sesuai digayakan pada majlis malam atau formal.

B04 - RM 184

 

 

Jubarong Polos Royal Blue & Selendang Sutera Opel

Rekaan terkini menggabungkan jubah serta kain sarung atau skirt. Manis dan sopan serta sesuai untuk semua acara. Menjadi alternatif kepada potongan kurung dan kebaya. Selendang berlabuci dililit kemas melengkapkan penampilan.

BO5 - RM 169

Jubah Sutera Thai & Tudung Sutera Tali Opel

Jubah potongan ringkas dari kain sutera Thai, digandingkan dengan pemakaian sutera Itali bercorak flora serta dihiasi tatahan intan bertabur. Gandingan mewah dan sopan sesuai untuk ke majis formal.

B06 - RM 152

 

Dress Viscose & Tudung Chiffon Eksklusif

Potongan baju yang ringkas dengan pilihan tudung gaya mewah, walaupun tidak berlabuci atau bersulam, fabrik dan warna merah diilih untuk tudung ini cukup untuk menaikkan seri pemakai. Ikatan lembut beralun sesuai dengan fabrik tudung ini.

B07 - RM 155

 

Dress Hijau Pucuk Pisang & Tudung Silk Chiffon Pelangi

Potongan evergreen tidak lapuk dek zaman-padanan yang boleh disesuaikan untuk ke mana-mana sahaja.

B08 - RM 175

 

 

Dress Cotton Viscose Hijau & Tudung Sutera Dubai

Pilihan fabrik cottton viscose berlatar putih dan flora hijau muda pada dress digandingkan tudung sutera dubai yang diikat ringkas.

B09 - RM 185

Jubaya & Selendang Berlabuci

Trend berkebaya longgar ala jubah-gandingan fabrik sutera berbunga dan kain sarung sutera Thai. Warna musim luruh menjadi pilihan. Selendang sarat berlabuci berjurai dihujung, sudah mencukupi tanpa perlu mengenakan aksesori lain

B10 - RM 180

 

 

Jubah Baldu Beige & Tudung Iran

Pilihan fabrik baldu dipadankan dengan tudung dari Iran. Tepi yang berwarna merah hati menaikkan seri gandingan ini.

B11 - RM 210

Dress Viscose Berbunga & Tudung Creased Rainbow

Tudung yang sesuai akan menyerikan pilihan dress viscose berbunga klasik. Warna eksklusif tidak semestinya garang, keindahan flora Inggeris diketengahkan dengan nada musim luruh. Lilitan tudung ringkas tana aksesori sarat mengetengahkan imej santai dan mesra.

B12 - RM 164

Pemikiran desain yang diketengahkan, disebutnya, berada dalam wilayah koridor mix & match dengan padanan warna yang fresh.

 

 

Inspirasinya muncul dari keindahan busana tradisional Aceh, yang dimodifikasi gaya maskulin dan modern.